13hb.Mac.2009 (Jumaat) : Panitia Pendidikan Islam SK. Kelatuan telah mengadakan Perarakan Sepanduk Dan Ceramah Agama sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Turut hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut adalah YDP PIBG SK. Kelatuan, Ust. Mohammad Hj. Abd. Ghani serta ibu bapa murid.

Perarakan sepanduk bermula pada jam 7.20 pagi yang diketuai oleh Guru Besar SK. Kelatuan, En. Nining Yahya Hj. Abd. Wahid. Perarakan sepanduk ini bermula dari SK. Kelatuan hingga ke Masjid Baru Kg. Melagui iaitu sejauh 1.5KM. Setelah selesai perarakan sepanduk, acara diteruskan dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Al-Fadhil Ust. Kaharuddin Md. Yusupala yang merupakan salah seorang Guru Cemerlang Negeri Sabah.

Masjid Baru Kg. Melagui

Gambar-Gambar Pilihan