Adik Mohd. Nazrul Mohd. Ali telah dinobatkan sebagai Olahragawan MSSM Zon Benoni tahun ini dengan memungut 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Pada penyampaian ini adik Mohd. Nazrul telah menerima hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM50 daripada En. Nining Yahya (Guru Besar), hadiah wang tersebut merupakan hadiah galakan seperti yang dijanjikan oleh Guru Besar kepada murid yang berjaya mendapat emas bagi kejohanan tahun ini. Selain itu, En. Nining Yahya juga mengumumkan hadiah galakan sebanyak RM1000 bagi murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A bagi peperiksaan UPSR tahun ini.


Pada penyampaian ini juga, En. Nining Yahya (Guru Besar) mengumumkan akan mengadakan jamuan bagi meraikan kemenangan Kontinjen Perbarisan yang menjadi Johan Perbarisan tahun ini. Jamuan tersebut akan diadakan pada 12/02/2010 (Jumaat) Jam: 10.00 pagi bertempat di Dewan Terbuka SK. Kelatuan.
Adik Yushafizie Selaku Ketua Kontinjen Perbarisan Menerima Hadiah Daripada Guru Besar