KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN DAN PADANG
MSSM ZON BENONI 2010 (AKHIR)
04/02/2010 (Khamis)

SK. Benoni (04/02/2010-Khamis) : Sebanyak 9 buah sekolah Zon Benoni menyertai Kejohanan Olahraga Balapan Dan Padang MSSM Zon Benoni. Untuk kali pertamanya SK. Kelatuan menempah sejarah menjadi Johan Pertandingan Perbarisan untuk kejohanan kali ke-36 ini. Keputusan keseluruhan SK. Kelatuan mendapat tempat ke-4 dengan pungutan pingat 2 emas, 2 perak dan 3 gangsa. Sementara olahragawan disandang oleh Adik Mohd. Nazrul Mohd. Ali dari SK. Kelatuan dengan pungutan pingat 2 emas (200m & 80m Lari Berpagar), 1 perak (Lompat Jauh), dan 2 gangsa (4 x 100m & 4 x 200m).

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Karim Hj. Bujang ADUN N.23 Bongawan.

Ust. Raizan tengah sibuk mengatur peserta perbarisan

Bersiap-siap untuk Pertandingan PerbarisanPenyerahan Sijil Penyertaan Kejohanan
Oleh YB. Datuk Karim Hj. Bujang, ADUN N.23 Bongawan
En. Nining Yahya Hj. Abd. Wahid (Guru Besar) bersama Kontinjen Perbarisan SK. Kelatuan, Papar