LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kelatuan merupakan salah sebuah sekolah kebangsaan di dalam Zon Benoni yang terletak di daerah Papar. Lokasi sekolah ini lebih kurang 12km daripada Pekan Papar. Murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum seperti Kadazan, Dusun, Murut, Brunei, Kedayan, Melayu, Bisaya, Cina, Jawa, Butun, Bugis, Timor dan Flipino.