3 LAMAN WEB TAWAR JUDI DIKENAL PASTI
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Suhana Roslan, Nor Fazlina Abdul Rahim dan Mohd Iskandar Ibrahim
bhnews@bharian.com.my
2010/06/23
Bukit Aman bekerjasama dengan SKMM kesan dalangKUALA LUMPUR: Bukit Aman mengenal pasti tiga laman web menawarkan pertaruhan haram secara online (talian) kepada kaki judi membabitkan semua perlawanan Piala Dunia 2010 yang didalangi rakyat tempatan.
Difahamkan, lebih daripada 10 rakyat tempatan yang bertindak sebagai bookie di negara ini giat mengesyorkan saluran pertaruhan haram itu menerusi ahli keluarga dan sahabat handai.
Sumber berkata, Bukit Aman sudah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multime
“Sebenarnya orang ramai yang bertaruh mengenali ketua sindiket itu. Mereka hanya perlu menelefon ejen itu bagi mendapatkan kata laluan sebelum melayari laman web untuk berjudi secara talian.
“Beberapa lagi laman web seumpamanya juga sedang dipantau bagi mendapatkan bukti kegiatan perjudian dan pertaruhan haram bola sepak dipercayai didalangi rakyat tempatan,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Sumber itu berkata, siasatan menunjukkan laman web berkenaan berpangkalan di luar negara serta didalangi rakyat tempatan yang mengendalikannya dari negara ini.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian menerusi laman web itu menunjukkan ia hanya boleh dilayari dengan menggunakan kata laluan yang perlu diperoleh terlebih dulu daripada bookie menerusi telefon sebelum memulakan proses pertaruhan menerusi talian.
Laman web yang berselindung di sebalik laman web perjudian secara online berlesen yang berpangkalan di luar negara turut menawarkan pertaruhan pelbagai acara sukan antarabangsa termasuk kejohanan Badminton Super Series dan Moto GP.
Berita Harian yang menghubungi nombor telefon dengan kod antarabangsa yang tertera di sebuah daripada laman web berkenaan mendapati panggilan dijawab seorang wanita rakyat Malaysia yang mengaku berada di Filipina untuk memantau kemasukan pengguna laman web terbabit.
Dalam perbualan itu, wanita itu memberitahu pengguna baru yang ingin mendaftar untuk membuat pertaruhan perlu melawat sebuah lagi laman web untuk membuat pendaftaran sebelum diberi kata laluan khas.
Katanya, menu ‘create account’ dalam laman web terbabit hanya sebagai paparan untuk pengguna baru mengisi data peribadi sebelum diarahkan menghubungi nombor telefon yang tertera untuk mendaftar secara rasmi.
Ia dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan mereka yang benar-benar mahu membuat pertaruhan saja membuka akaun di laman web itu.
INFO
Pertaruhan secara konvensional
Pertaruhan secara talian
Dipetik Dari Berita Harian Online