GANJARAN RM1000 MENANTI UNTUK PELAJAR 5A DALAM UPSR 2010

Jumaat, 23/04/2010 : SK. Kelatuan melancarkan program Permata Digilap Gemilang Dicari 5A UPSR 2010. Program merupakan satu skim galakkan kepada murid untuk mendapat 5A dalam UPSR 2010 yang mana ganjaran lumayan disediakan sebanyak RM1000.

Ganjaran RM1000 ini adalah sumbangan ikhlas dari Kumpulan Yayasan Sabah Zon Selatan (En. Zulkhairi Hj. Ismail), Pejabat Pelajaran Daerah Papar (En. Abidin Bin Marjan), Alumni SK. Kelatuan (Mohamad Hj. Alamin), PIBG SK. Kelatuan (Ust. Mohammad Hj. Abd. Ghani) dan Guru Besar SK. Kelatuan (En. Nining Yahya Hj. Abd. Wahid).


Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Papar, En. Abidin Bin Marjan. Turut hadir dalam majlis ini wakil dari Kumpulan Yayasan Sabah Zon Selatan.

Pada pelancaran program ini, ibu bapa serta Murid Tahun 6 melafazkan bacaan ikrar dan tandatangan untuk memastikan kejayaan UPSR tahun 2010.