MAJLIS TADARRUS AL-QURAN PERINGKAT ZON BENONI 2010

SK. Daingin, Papar : Majlis Tadarrus Al-Quran Peringkat Zon Benoni telah diadakan pada 24/02/2010 (Rabu) bertempat di SK. Daingin selaku Tuan Rumah pada tahun ini. Sebanyak 6 buah sekolah menyertai majlis pada kali ini yang mana terdiri daripada 29 orang peserta.

Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan kali ini adalah SK. Benoni, SK. Kelatuan, SK. Daingin, SK. Belatik, SK. Langkawit dan SK. Our Lady Of Fatima.

Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi. Pada tahun ini, SK. Kelatuan telah diamanahkan untuk mengelola acara Bahagian Hafazan (Lelaki & Perempuan).

Majlis Tadarrus Al-Quran ini telah dirasmikan oleh En. Roslee Ibrahim, Penyelia Pelajaran PPD Papar selaku wakil kepada Pegawai Pelajaran Daerah. Menurut beliau, majlis seperti ini amat berguna dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mendidik akhlak dan sahsiah seseorang.
Berikut adalah keputusan acara yang dipertandingkan :

(01) Tilawah Al-Quran (Lelaki) :

1st : Ak. Mohd. Helmi (SK. Benoni)
2nd : Pg. Madsriynis (SK. Langkawit)
3rd : Mohd. Ehsan (SK. Kelatuan)

(02) Tilawah Al-Quran (Perempuan)

1st : Nurul Sabrina (SK. Benoni)
2nd : Assyha Ali (SK. Kelatuan)
3rd : Nurul Huda (SK. Langkawit)

(03) Hafazan (Lelaki)

1st : Habib Faizal (SK. Benoni)
2nd : Mohd. Nazrul (SK. Kelatuan)
3rd : Haidel Nuranuar (SK. Belatik)

(04) Hafazan (Perempuan)

1st : Dg. Nur Adera (SK. Benoni)
2nd : Dg. Nuruljannah (SK. Kelatuan)
3rd : Dg. Nurain Syahira (SK. Langkawit)

(05) Cerita Kisah Nabi (Lelaki)

1st : Ak. Mohd Ikmal (SK. Langkawit)
2nd : Ag. Mohd Khairun (SK. Benoni)
3rd : Azizul Kadir (SK. Daingin)

(06) Cerita Kisah Nabi (Perempuan)

1st : Dg. Raihannie (SK. Benoni)
2nd : Dg. Nurain Farhana (SK. Langkawit)
3rd : Melvianna (SK. Our Lady Of Fatima)
Ulasan hakim secara keseluruhan menyatakan kualiti para peserta pada kali ini agak memuaskan. Pada bahagian tilawah ulasan yang diberikan para peserta masih belum dapat menguasai tabaqah bacaan, terdapat juga kesalahan pada waqaf, kesalahan baris bacaan dan kesalahan pada tajwid bacaan. Manakala bahagian hafazan, kebanyakan peserta masih belum dapat menguasai sepenuhnya menghafaz surah yang panjang. Terakhir sekali pada bahagian bercerita, terdapat cerita yang tidak diisi dengan pengajaran cerita dan terdapat juga peserta yang tidak hafal skrip cerita.
Antara gambar yang sempat dirakam semasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Benoni 2010 :