DUA PUSAT KURANTIN DIBUKA DI 2 HOSPITAL
Oleh Sazarina Shahrim dan Haika Khazi bhnews@bharian.com.my
JABATAN Kesihatan Putrajaya dan Serdang membuat pemeriksaan selesema babi setiap penumpang dari Los Angeles di KLIA, semalam. Langkah berjaga-jaga paras tertinggi hadapi H1N1 KUALA LUMPUR: Seluruh negara diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga pada paras tinggi, termasuk mengaktifkan semula Pelan Tindakan Menghadapi Wabak Influenza berikutan ancaman selesema babi yang sudah menular di beberapa negara. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan membuka dua pusat kuarantin masing-masing di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang, dekat sini, sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi kemungkinan ada penumpang pesawat yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, mempunyai tanda jangkitan virus selesema babi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengesahkan Malaysia masih bebas daripada sebarang jangkitan wabak itu setakat ini dan penempatan pusat kuarantin di dua hospital itu kerana ia paling dekat dengan KLIA dan membolehkan tindakan lebih cepat dilakukan jika keadaan memerlukan.
Katanya, empat langkah pencegahan, termasuk memperketatkan kawalan di pintu masuk dengan saringan kesihatan bagi pelawat atau warga Malaysia yang melawat Mexico; New York, California, Texas dan Ohio di Amerika Syarikat (AS) serta Kanada, sudah dilaksanakan sejak kelmarin. "Kita memantau dengan teliti perkembangan wabak ini dan sudah mewujudkan bilik operasi khas untuk memudahkan kita menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. Katanya, kementerian akan membeli tujuh lagi alat pengimbas suhu sebagai tambahan kepada empat sedia ada secepat mungkin bagi memudahkan proses ujian saringan mengesan penumpang yang disyaki menghidap penyakit selesema babi ketika tiba di KLIA.
"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Ismail Merican) supaya membeli dan memasang alat pengimbas suhu ini di semua lapangan terbang antarabangsa dan pintu masuk utama ke Malaysia, secepat mungkin. "Kita berharap pemasangan pengimbas suhu ini akan mempercepatkan proses ujian saringan dan memberikan lebih keselesaan kepada penumpang pesawat, terutama pelancong asing yang menjadi tetamu negara ini," katanya Berbeza dengan selesema burung, wabak ini berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui udara. Ini amat berbahaya," katanya di sini, semalam. Liow turut menasihatkan rakyat negara ini yang pernah ke tiga negara terbabit dan mempunyai simptom seperti demam dan selesema supaya segera berjumpa doktor.
"Sememangnya tiada lagi sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan di setiap negara oleh WHO, namun kita nasihatkan rakyat supaya mengelakkan ke negara yang mempunyai kes ini," katanya. Beliau juga menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi yang berlaku di Mexico, Kanada dan Amerika Syarikat kerana pihak berkuasa negara berkenaan bersama WHO sudah mengambil langkah pencegahan dan kawalan supaya ia tidak menular ke negara lain. Katanya, Kementerian Kesihatan juga sudah mengadakan perbincangan dengan semua agensi kerajaan bagi mengawal wabak itu. Liow berkata, pihaknya juga sedang mengkaji untuk memberi suntikan vaksin selesema kepada pengamal perubatan dan pihak yang berkaitan. "Kita akan pastikan kebersihan di ladang-ladang babi di negara ini dan sedang mengkaji jenis vaksin yang sesuai untuk diberikan kepada penternak babi," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini tiada vaksin khusus untuk merawat selesema babi atau virus H1N1. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan wabak selsema babi boleh menghubungi talian 03-88810200/300 pada waktu pejabat. "Maklumat di laman web kementerian www.moh.gov.my disediakan mulai semalam," katanya. Dipetik Dari : Berita Harian Online